
BAB 8 :SISTEM RESPIRASI DALAM MANUSIA DAN HAIWANBIO TING. 4
Quiz by SHARIFAH BINTI MOHAMAD HADI Moe
Tag the questions with any skills you have. Your dashboard will track each student's mastery of each skill.
Rajah 1 menunjukkan struktur pernafasan seekor serangga. Berdasarkan rajah, apakah fungsi struktur X dalam memastikan serangga mendapat keperluan oksigen yang mencukupi?
Rajah 2 menunjukkan struktur pernafasan, P seekor ikan. Berdasarkan rajah, yang manakah bukan merupakan ciri penyesuaian struktur P?
Rajah 3 menunjukkan struktur respirasi bagi suatu organisma. Antara struktur I, II, III atau IV, yang manakah membenarkan pertukaran gas berlaku di dalam organisma ini
Carta alir berikut menunjukkan pergerakan organ manusia ketika menarik nafas. Apakah perbezaan pergerakan organ tersebut ketika seorang perokok tegar menarik nafas?
Rajah 4 menunjukkan alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa oksigen di X, Y dan Z?
Rajah 5 menunjukkan sistem peredaran darah dalam manusia. Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah mempunyai tekanan separa oksigen yang paling rendah manakala tekanan separa karbon dioksida yang paling tinggi?
7% daripada karbon dioksida akan berpadu dengan air dan diangkut dalam bentuk asid karbonik. Proses ini dimangkinkan oleh suatu enzim yang dinamakan karbonik anhydrase. Apakah yang akan berlaku kepada peratusan tersebut sekiranya seseorang mengalami demam panas?
Rajah 6 menunjukkan pengangkutan gas respirasi dalam kapilari darah ke sel-sel badan. Apakah bentuk karbon dioksida yang diangkut dalam bendalir X?
Susunkan aturan yang betul bagi proses pengangkutan karbon dioksida dari kapilari pulmonari ke alveoli.