
KATA PERINTAH
Quiz by Dyna Nady
Tag the questions with any skills you have. Your dashboard will track each student's mastery of each skill.
"_________________ pastikan nama kamu dituliskan pada kertas jawapan," kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.
"______________ pada hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi," kata juruacara itu.
________________ buangkan tulang ikan ke dalam tong sampah.
________________ nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
________________ kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.
"_____________ kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar lagi," kata pengacara majlis.
________________ tuangkan saya segelas jus oren.
______________lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
_________________ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
________________ berebut-rebut semasa menaiki bas.
"______________lah makan kuih-muih yang dihidangkan," ajak Puan Susi.
"_______________ pasangkan wayar di belakang televisyen ini," kata kakak kepada rakannya.
"_______________ main dengan alat-alat tajam itu," tegah emak kepada adik.
"______________ catatkan nama murid-murid yang legaat datang ke sekolah," kata guru disiplin kepada beberapa orang pengawas.
"______________ perhatian murid-murid, bawalah alat melukis kamu pada hari esok," kata Cikgu Masni.
"_______________ masuk ke dalam bilik Encik Halim," kata setiausaha itu.
_______________ membuat perkara yang menyusahkan orang lain.
"______________ kejadian sebegini tidak akan berulang lagi," kata bapa budak itu.
__________________ jaga kebersihan taman sains.
"________________ ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas," nasihat Cikgu Aziz kepada murid-muridnya.