
OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK
Quiz by Amira Natasha
Tag the questions with any skills you have. Your dashboard will track each student's mastery of each skill.
Tuliskan kata berimbuhan yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Pisang emas itu tidak dapat dieksport ke luar negara kerana pisang itu cepat masak.
Tuliskan kata bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Festival buah-buahan mempamerkan pelbagai buah tempatan yang terdapat di Malaysia.
Tuliskan kata ganda yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Puan Syakila memasukkan kekabu ke dalam sarung bantal itu sehingga penuh.        Â
Tuliskan kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Kita haruslah berhati-hati semasa memandu di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
Tuliskan kata nafi yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Motosikal yang dijumpai di dalam semak itu bukan kepunyaan ayah Imran.
Tuliskan kata nafi yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Abang Zaim tidak pandai bermain bola sepak kerana di kaki bangku.
Tuliskan kata hubung yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Tangan Nurul bengkak kerana digigit oleh seekor kala jengking
Tuliskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Akibat datang lambat ke sekolah, Hazim ditahan oleh pengawas yang bertugas
Tuliskan kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Anugerah itu disampaikan oleh Profesor Ungku Aziz.
Tuliskan kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Encik Shaari dan Puan Sariah melawat rakan mereka yang sakit di hospital.
Tuliskan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Sepatah kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam Ganesh menghadap meja tulisnya
Tuliskan kata ganti nama yang terdapat dalam ayat yang diberikan: " Pak Cik Basir mengajak kami ke dusunnya pada cuti sekolah minggu hadapan," kata Johan dan Hanif kepada Imran
Tuliskan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat yang diberikan: Mereka akan ke Taman Burung Kuala Lumpur pada minggu depan.