
Pengantar Linguistik Melayu: Analisis Wacana
Quiz by Exzayrani binti Awang Sulaiman
Tag the questions with any skills you have. Your dashboard will track each student's mastery of each skill.
Wacana menekankan aspek kontekstual
Raminah Sabran (1984: 218) mendefinisikan wacana (discourse) sebagai unit bahasa yang tidak melebihi batasan ayat.
Suatu teks yang berpertalian dari asepek kata dan ayat dianggap tidak berwacana jika tiada pertalian makn.
Istilah analisis wacana (discourse analysis) mula digunakan oleh Zellig Harris di A.S dalam makalah yang beliau terbitan pada 1942 dalam jurnal Language
Unsur pembeza antara ‘bentuk wacana’ dengan ‘bentuk bukan wacana’ adalah pada ada tidaknya kesatuan makna (organisasi semantik) yang dimilikinya.
“Zaman kini disebut sebagai zaman moden. Kini, ramai orang bingung kerana tidak tahu jalan. Kenderaan di jalan tol sangat padat."Teks tersebut dianggap sebagai teks yang berwacana.
Terdapat 5 ciri wacana.
Wacana lisan digunakan untuk tujuan transaksi idea dalam jangka masa panjang, iaitu mempunyai fungsi simpanan (storage function) yang membolehkan komunikasi berlangsung melampaui masa dan ruang
Menurut Asmah Haji Omar(1980), wacana melebihi batasan ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-buti fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.
Dalam hieraki kebahasaan, wacana berada pada kedudukan paling besar dan paling tinggi kerana wacana sebagai satuan gramatikal dan sekaligus objek kajian linguistik yang mengandungi semua unsur kebahasaan yang diperlukan dalam segala bentuk komunikasi