
Ulang Kaji Tatabahasa dan Kosa Kata
Quiz by Sengfa Tay
Tag the questions with any skills you have. Your dashboard will track each student's mastery of each skill.
Para pesakit yang berasa kurang sihat telah pergi ke klinik untuk mendapatkan ___________.
Para murid yang menyertai lawatan sambil belajar telah sampai ____________ sekolah pada awal pagi.
Notis tentang Program Keselamatan Jalan Raya telah ditampal pada ____________.
Ibu ____________ tangan adik semasa mereka hendak menyeberangi jalan raya yang sibuk itu.
Pihak sekolah telah mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang menjayakan aktiviti itu.
Sila nyatakan kata bantu di dalam ayat tersebut.
Para penduduk Taman Megah telah bekerjasama membersihkan taman perumahan mereka.
Yang manakah dapat menggantikan perkataan 'bekerjasama'?
Kami sekeluarga bergambar di tepi air terjun itu sebagai kenangan ____________.
Jasmin telah ____________ cadangan rakannya untuk ponteng sekolah kerana tindakan itu akan ____________ peraturan sekolah.
Nabila telah ditegur oleh gurunya kerana tidak ____________ tugasan sekolah.
Adilah melonjak kegembiraan apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian itu.
Nyatakan kata berimbuhan apitan dalam ayat tersebut.
Puan Linda terjumpa se____________ kunci dalam perjalannya ke pasar raya.
Kemenangan Justin dalam pertandingan bola sepak itu telah ____________ nama sekolah.
Kita haruslah mengurus masa dengan bijaknya supaya tugasan sekolah tidak tertangguh.
Sila nyatakan satu kata kerja dalam ayat itu.
Ibu telah membeli tiga ____________ petai untuk masakan makan malam nanti.
____________ yang berminat untuk menyertai pertandingan itu perlulah mendaftarkan diri.
Pak Abu telah memelihara ____________ kambing di kampungnya.
Ibu bapa dan pihak sekolah perlulah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah disiplin murid.
Apakah perkataan yang sama maksud dengan 'menyelesaikan'?
Pihak sekolah perlulah mengambil inisiatif untuk mengurangkan kes buli di sekolah.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'inisiatif'?
Kita mestilah rajin mencuci tangan untuk ____________ penyakit berjangkit.
Setelah menyampaikan ucapan, guru besar telah ____________ temasya sukan tahunan.
Pencapaian pelajaran Ali ____________ kerana dia leka bermain permainan dalam talian.
Amalan memakai pelitup muka dapat mencegah penyebaran wabak penyakit.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'mencegah'?
Pihak kerajaan telah menyumbangkan kit kebersihan diri kepada para mangsa banjir.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'menyumbangkan'?
Keropok gerai tersebut disukai ramai kerana amat ____________.
Sampah-sarap yang berlonggokan di tepi sungai itu ____________ busuk.
Program Minda Sihat itu telah ____________ murid-murid tahap dua.
Kamariah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya sebelum menuruni kereta.
Nyatakan kata majmuk yang terdapat dalam ayat itu.
Ayah Asyraf memandu kereta dengan ____________nya kerana hari sudah gelap.
Pihak polis perlulah ____________ undang-undang jalan raya untuk menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
Lelaki yang berbaju merah itu ____________ ayah Sofia.
Mei Ling telah menerima pelawaan daripada Raihan untuk menghadiri majlis rumah terbukanya.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'pelawaan'?
____________, sakitnya kakiku!
Semalam, Cikgu Jamilah ____________ memarahi anak-anak muridnya yang ____________ menyiapkan kerja rumah.
"____________ maksud perkataan itu?" tanya Ali kepada rakannya.
Murid-murid diminta untuk mematuhi arahan pihak bomba apabila kebakaran berlaku.
Sila nyatakan kata berimbuhan akhiran yang terdapat dalam ayat itu.
Pak Hafizi memasukkan dua ____________ pisang yang baru dipetik ke dalam sebuah bakul.
Penceramah yang berpengalaman itu telah memberikan beberapa tip tentang penjagaan kesihatan.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'tip'?
Puan Lim membeli se____________ roti sebagai sarapan keluarga beliau pada awal pagi.
Imran meneliti iklan tentang percutian di Pulau Langkawi dalam Internet.
Sila nyatakan satu kata nama yang terdapat di dalam ayat itu.
Program bergotong-royong membersihkan taman perumahan itu telah berjaya ____________ semua penduduk di taman itu.
Ibu bapa perlulah membawa anak-anak mengunjungi perpustakaan untuk ____________ minat membaca.
Biskut yang terbiar di atas meja itu telah ____________.
Puan Sharifah telah membuat permohonan untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela di taman mereka.
Sila nyatakan satu kata hubung di dalam ayat itu.
Cikgu Teoh ____________ video tentang wabak COVID-19 kepada murid-muridnya.
Wira-wira negara kita ____________ hebat dan perlu dicontohi.
Pemandu kereta yang leka bermain telefon bimbit akan kurang memberikan tumpuan pada keadaan jalan raya.
Apakah perkataan yang dapat menggantikan 'tumpuan'?
Jangan ____________ isu keselamatan diri di jalan raya.
Perbuatan yang ____________ kita hindari di dalam bilik sains termasuklah perbuatan berlari, bermain-main atau bergurau senda.
Aminah memulangkan wang baki kepada ayahnya setelah membuat bayaran di kaunter.
Sila nyatakan kata berimbuhan apitan di dalam ayat itu.
Selaku pengerusi persatuan penduduk taman perumahan, beliau sentiasa prihatin akan kebajikan para penduduk.
Sila nyatakan kata ganti nama diri di dalam ayat itu.