placeholder image to represent content

UJI TATABAHASA - KATA KERJA (TAHUN 4): Cikgu Hasnita

Quiz by HASNITA BINTI KASIM Moe

Our brand new solo games combine with your quiz, on the same screen

Correct quiz answers unlock more play!

New Quizalize solo game modes
10 questions
Show answers
  • Q1
    Pak Ali dan rakan-rakannya sedang ............................. jala mereka yang rosak.
    Question Image
    menjahit
    menarik
    mengait
    menyirat
    20s
  • Q2
    Puan Zainon mengisi masa lapangnya pada hujung minggu dengan ........................ tikar.
    Question Image
    membuat
    menganyam
    melipat
    mengait
    20s
  • Q3
    Puan Aminah sedang .............. kain songket yang ditempah oleh pelanggannya.
    Question Image
    memesin
    menenun
    menjahit
    menyulam
    20s
  • Q4
    Pada cuti sekolah, Syafiq akan mengikut ayahnya ke laut untuk ........................... sotong.
    Question Image
    menyauk
    menangkap
    memancing
    mencandat
    20s
  • Q5
    Encik Salleh ....................... kasutnya yang sudah lama tidak dipakai agar menjadi berkilat .
    Question Image
    menggosok
    menggilap
    mengelap
    mengesat
    20s
  • Q6
    Pak Jabar .................... dua biji bakul yang berisi sayur-sayuran yang baru sahaja dipetik di kebunnya.
    Question Image
    mengangkat
    memikul
    membawa
    mengandar
    20s
  • Q7
    Puan Rashidah ......................... kuih pau dengan menggunakan periuk yang baru dibelinya.
    Question Image
    mengukus
    memasak
    menggoreng
    merebus
    20s
  • Q8
    Dua orang petugas kesihatan sedang ...................... mangsa kemalangan untuk dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.
    Question Image
    membawa
    mengusung
    mengangkat
    menarik
    20s
  • Q9
    Nenek Anis ................ lidi untuk dijadikan penyapu bagi membersihkan halaman rumahnya.
    Question Image
    memarut
    menghiris
    menganyam
    meraut
    20s
  • Q10
    Mak Cik Azah ..................... air mawar kepada pasangan pengantin yang sedang duduk bersanding di atas pelamin.
    Question Image
    meletakkan
    menjirus
    menyiram
    merenjis
    20s

Teachers give this quiz to your class